Soalan Lazim

Soalan Lazim

Jawapan ringkas untuk soalan yang selalu ditanya pelanggan kami.

Berapa lama servis?

Kebanyakan kerja boleh disiapkan dalam beberapa jam, bergantung kepada jenis servis.

Perlu buat appointment?

Digalakkan membuat temujanji bagi mengurangkan masa menunggu.

Semua kereta boleh buat?

Kebanyakan kereta Jepun dan Malaysia boleh diservis. Untuk kepastian model & kesesuaian servis, sila hubungi kami terlebih dahulu melalui panggilan atau WhatsApp.

Ada warranty?

Ya. Warranty bergantung kepada jenis servis yang dilakukan — lihat butiran pada setiap servis di muka Perkhidmatan.

Boleh datang terus (walk-in)?

Boleh walk-in pada bila-bila masa, bergantung jenis servis. Untuk servis yang mengambil masa lebih lama atau memerlukan slot khas, kami sarankan hubungi kami dahulu bagi memastikan kelancaran urusan.

Boleh servis monoshock/fork motosikal terus dari motosikal saya?

Buat masa ini kami belum ada mekanik & keupayaan untuk buka/pasang monoshock atau fork daripada motosikal anda — komponen perlu dibuka siap sebelum dibawa ke bengkel kami.

Boleh tak pasang barang yang saya beli sendiri?

Boleh — kami terima upah pasang untuk barangan suspension sahaja (absorber, coilover, spring dan lain-lain). Harga bergantung jenis barang & jenis kereta, sila hubungi kami untuk sebut harga.

Ada Soalan Lain?

WhatsApp kami terus — kami sedia bantu jawab soalan anda.

WhatsApp: 018-949 7585