Perkhidmatan

Servis Absorber, Adjustable & Suspensi

Enam perkhidmatan teras kami — untuk kereta dan motosikal.

01

Inject Absorber

Sesuai untuk absorber standard yang tidak boleh diservis secara asal — ibarat memanjangkan jangka hayat absorber tersebut sebelum perlu ditukar baru.

Proses

  • Menukar minyak absorber
  • Mengisi gas
  • Pelarasan tahap kekerasan

Sesuai Untuk

  • Kereta terasa terlalu lembut / mudah melantun
  • Mahu rasa pemanduan lebih stabil
  • Mahu jimat kos berbanding beli absorber baharu
Tempoh: Sekitar 2–3 jamHarga: RM300–RM500 satu set (termasuk upah buka & pasang, bergantung jenis kereta)
Warranty: 2 bulan untuk pelarasan kekerasan sahaja. Nota: servis ini tidak melibatkan penukaran oil seal — jika absorber sudah bocor pada oil seal, ia mungkin bocor semula.
02

Servis Adjustable Absorber

Pembaikan & penyelenggaraan penuh absorber jenis adjustable supaya ia kembali berfungsi seperti asal — lebih lancar, stabil dan sedap dipandu.

Proses

  • Tukar oil seal & O-ring
  • Tukar minyak & isi gas
  • Pemeriksaan keseluruhan absorber

Sesuai Untuk

  • Adjustable absorber yang bocor
  • Terasa terlalu lembut atau terlalu keras
  • Mahu penyelenggaraan berkala
Harga: RM150–RM200 / batang (siap buka & pasang) — bergantung jenama & keadaan
Warranty: 2 bulan untuk ketahanan servis, kebocoran & prestasi. Tidak meliputi kerosakan akibat kemalangan, penggunaan ekstrem, atau kebocoran bahagian lain yang tidak berkaitan.
03

Custom Absorber & Adjustable

Untuk pelanggan yang mahu menukar, membaiki atau menaik taraf absorber standard & adjustable ikut keperluan pemanduan — termasuk menjadikan absorber yang asalnya tidak boleh diservis, boleh diservis semula.

Proses

  • Convert non-serviceable kepada serviceable
  • Tukar oil seal & O-ring (jika perlu)
  • Setting semula kekerasan (soft / medium / hard) ikut berat kereta & gaya pemanduan

Sesuai Untuk

  • Absorber standard yang sudah rosak
  • Adjustable absorber yang mahal untuk diganti baru
  • Mahu upgrade keselesaan / handling, atau setup lebih “custom”
Sila hubungi kami untuk sebut harga
Warranty: 2–3 bulan bergantung jenis kerja custom — meliputi prestasi & ketahanan asas selepas servis, tertakluk keadaan penggunaan kenderaan.
04

Pemeriksaan Suspensi

Kami membantu mengenal pasti punca masalah suspensi kereta anda sebelum ia jadi lebih serius.

Proses

  • Pemeriksaan absorber & komponen suspensi
  • Kenal pasti punca bunyi / lantunan / kesengetan

Sesuai Untuk

  • Bunyi “duk duk” atau hentakan
  • Kereta melayang / senget
  • Tayar makan sebelah
05

Servis Monoshock & Fork Motosikal

Servis & inject monoshock serta fork motosikal untuk memastikan sistem suspensi motosikal anda kembali dalam keadaan terbaik — penting untuk rider harian, penghantar makanan & motosikal berkuasa tinggi.

Proses

  • Tukar minyak fork / monoshock
  • Tukar oil seal & dust seal
  • Setting semula tekanan & kekerasan
  • Pemeriksaan kebocoran & kehausan

Sesuai Untuk

  • Fork motosikal bocor minyak
  • Motosikal terasa melantun / handling tak stabil
  • Depan terlalu keras atau terlalu lembut
  • Semua jenis motosikal — kapcai, naked bike, superbike
Fork: RM100–RM250Monoshock: RM80–RM300Inject monoshock: RM30–RM60
Warranty: 1–2 bulan bergantung keadaan fork/monoshock selepas servis.

Perhatian: monoshock & fork motosikal perlu dibuka siap sebelum dibawa ke bengkel kami — kami belum ada mekanik & keupayaan untuk buka/pasang terus daripada motosikal anda.
06

Upah Pasang (Barang Sendiri)

Sudah beli sendiri barangan suspension? Kami bantu pasangkan — anda jimat kos, kami pastikan pemasangan dibuat dengan betul & kemas.

Proses

  • Pemeriksaan barang sebelum pasang
  • Pasang & setting semula suspensi
  • Semakan akhir selepas pasang

Sesuai Untuk

  • Barangan suspension dibeli sendiri (online / tempat lain)
  • Mahu jimat kos berbanding beli set penuh di bengkel
  • Mahu pemasangan dibuat oleh pakar berpengalaman
Skop: Barangan suspension sahajaHarga: Bergantung jenis barang & jenis kereta — sila hubungi untuk sebut harga
Perhatian: Warranty hanya meliputi kerja pemasangan, bukan barang/part itu sendiri — sila rujuk penjual asal untuk warranty barang.

Tak Pasti Servis Mana Sesuai?

WhatsApp kami dengan gambar/video absorber anda — kami bantu semak dulu sebelum anda datang.

WhatsApp: 018-949 7585